masih relevan kah segolong sijil, diploma, ijazah ICT dan sewaktu dgnnya pd masa ini? maklumlah, era globalisasi, ledakan teknologi maklumat,... dari sekecil pelajar yg masih di tadika dah didedahkan ngan ICT. malah, pelajar yg masih dalam alam sekolah rendah pun dah ada blog, facebook, friendster dan sewaktu ngan nya. malah, mereka pun mengalahkan org dewasa perihal penggunaan teknologi maklumat.
klau gitu, masih relevan kah ICT? nape perlu memerahkan otak belajar ICT? pd hal, dari budak kecik lagi dah tahu menggunakan ICT. ambik je bidang lain, x susah2. kan? kan? ICT boleh dibelajar sdnri atau boleh dtg bergolek ngan sdnri. x perlu perah otak, yg dah hampir abis utk diperah.. ye ke?
penting ke belajar ICT? aduiiii.. susah nk jwb nih. tp, bg saya,... pendapat peribadi saya, jwb nya ialah penting. penting bagi generasi akan dtg mahir dlm ICT. jgn mengharapkan tenaga pakar dr luar menguasai ICT negara... atau secara istilah - outsourcing. data dan maklumat adalah hak sulit, yg perlu dijaga, tidak boleh didedahkan.
bayangkan, klau mengikut statistik trsebut, negara kita cuma ada 200,000 org shj yg mahir dlm ICT 10 tahun akan dtg. brbanding ngan negara india seramai sepuluh juta org. 10 tahun bukanlah jangka waktu yg lama. pejam-celik, celik-pejam dan pejam tak celik2... pelajar darjah (tahun) enam skrg ni yg baru brumur 12 tahun sudah mnjadi org dewasa akan dtg, iaitu berumur 22 tahun. adakah negara kita wajar mempraktikkan outsourcing, iaitu mengupah org luar menguasai bidang ICT negara, menjaga data dan maklumat negara? fuhhhh...
cewahhh... cam menteri lak saya. cuma sekadar renungan shj.
Salam... tata.
REDisMERAH

0 comments:
Post a Comment